English version
Changes to the Generic Terms and Conditions for HSBC Bank Malaysia Berhad (HSBC) and HSBC Amanah Malaysia Berhad (HSBC Amanah)
To serve you better as an international bank with access to global markets, we have recently simplified the terms in our Generic Terms and Conditions which governs your HSBC/HSBC Amanah accounts and related services. The revised and latest Generic Terms and Conditions will now comprise the following documents under the same documentation framework:
- the Master Services Agreement, which sets out the essential legal terms governing our overall banking relationship with you and our other corporate customers; together with the Confidentiality and Regulatory Annex, which sets out parties’ obligations in relation to confidential information, customer information and tax compliance;
- the Malaysia Country Conditions, which sets out specific terms necessary from a local legal, regulatory and operational perspective;
- the Malaysia Account Disclosures; which sets out some additional matters that apply to your account and related services;
- the HSBCnet Annex, E-Channel Services Schedule, and Security Measures, which set out the specific terms that apply to the access and use of our digital banking platform - HSBCnet, and the relevant security protocol and measures for HSBCnet (these only apply if you have an e-channels profile with the bank), together (the “New Terms”). The New Terms can be found at https://www.business.hsbc.com.my/en-gb/regulations/banking-terms-and-conditions. The Bahasa Malaysia version of the New Terms is also available at the same website.
What are the key changes?
The New Terms do not materially change the terms governing our relationship with you.
The Master Service Agreement (MSA) that governs our overall banking relationship has been further streamlined and the revision is to ensure a consistent documentation experience for our corporate customers across jurisdictions.
Some important points to highlight:
- The latest MSA has been simplified from a drafting perspective (e.g. removing archaic legal terminologies/jargons, reducing complex or lengthy sentences, providing new definitions), so the terms are presented in shorter and clearer language.
- Due to the simplification of terms, the numbering or cross-referencing of the provisions/ clauses have been updated.
- A new clause 19 in the MSA on the use and acceptance of electronic signatures has been introduced to suit the current market practice.
- In case of a Force Majeure Event (see the latest MSA for full definition), you may now suspend the performance of the relevant obligations as a customer under clause 10.5 of the latest MSA.
- To better reflect our commitment on fairness, indemnification by the customer under clause 10.7 of the latest MSA is limited to direct losses, and the indemnification will not be applicable if such direct losses are caused by the negligence or willful misconduct of the Bank.
Kindly read the New Terms for a better understanding of the important points above. The existing Generic Terms and Conditions will still be available on our website (which can be found here at https://www.business.hsbc.com.my/en-gb/regulations/banking-terms-and-conditions) for your reference until 31 December 2025.
The New Terms shall become effective:
- For new customers of HSBC/HSBC Amanah – 15 November 2025
- For existing customers of HSBC/HSBC Amanah (as of 15 November 2025) – 1 January 2026 (your continued use of the accounts and/or services with HSBC/HSBC Amanah after the Effective Date indicated above shall constitute your acceptance of the New Terms).
What else do you need to know?
- You are advised to go through the New Terms to understand fully the impact of the revised terms and seek independent legal advice as appropriate.
- If you need more information on the revised terms, please do not hesitate to contact your Relationship Manager.
Bahasa Malaysia version
Perubahan kepada Terma dan Syarat Am bagi HSBC Bank Malaysia Berhad (HSBC) dan HSBC Amanah Malaysia Berhad (HSBC Amanah)
Bagi tujuan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada anda sebagai sebuah bank antarabangsa dengan capaian ke pasaran global, kami baru-baru ini telah memudahkan terma dalam Terma dan Syarat Am kami yang mentadbir akaun HSBC/HSBC Amanah dan perkhidmatan HSBC/HSBC Amanah anda. Terma dan Syarat Am yang telah disemak semula dan terkini akan merangkumi dokumen-dokumen berikut di bawah rangka kerja dokumentasi yang sama:
- Perjanjian Perkhidmatan Utama (Master Services Agreement), yang menetapkan terma undang-undang utama yang mengawal hubungan perbankan keseluruhan antara anda dan pelanggan korporat kami yang lain; berserta dengan Lampiran Kerahsiaan dan Kawal Selia (Confidentiality and Regulatory Annex), yang menetapkan obligasi pihak-pihak berhubung maklumat sulit, maklumat pelanggan dan pematuhan cukai;
- Syarat-syarat Negara Malaysia (Malaysia Country Conditions), yang menetapkan terma khusus yang diperlukan dari perspektif perundangan, kawal selia dan operasi tempatan;
- Keterangan Akaun Malaysia (Malaysia Account Disclosures), yang menetapkan perkara tambahan yang terpakai bagi akaun dan perkhidmatan berkaitan anda;
- Lampiran HSBCnet (HSBCnet Annex), Jadual E-Saluran Perkhidmatan (E-Channel Services Schedule), dan Langkah-Langkah Keselamatan (Security Measures), yang menetapkan terma khusus bagi capaian dan penggunaan platform perbankan digital kami – HSBCnet, serta protokol dan langkah keselamatan yang berkaitan untuk HSBCnet (ini hanya terpakai jika anda mempunyai profil e-saluran dengan bank), secara kolektif, (“Terma Baru”). Terma Baru ini boleh didapati di https://www.business.hsbc.com.my/en-gb/regulations/banking-terms-and-conditions.
Apakah perubahan utama?
Terma Baru ini tidak mengubah secara material terma yang mentadbir hubungan kami dengan anda.
Perjanjian Perkhidmatan Utama (MSA) yang mengawal keseluruhan hubangan perbankan kami telah dipermudah dan distrukturkan semula untuk memastikan pengalaman dokumentasi yang konsisten untuk pelanggan korporat kami merentasi seluruh bidang kuasa.
Beberapa perkara penting untuk diberi perhatian:
- MSA terkini telah dipermudah dari segi penyediaan (contohnya dengan menghapuskan istilah undang-undang lama, memendekkan ayat yang panjang dan kompleks, serta menambah definisi baru), supaya terma-terma disampaikan dengan bahasa yang lebih ringkas dan jelas.
- Disebabkan oleh pemudahan terma-terma ini, penomboran atau rujukan silang peruntukan/klausa telah dikemas kini.
- Klausa 19 mengenai penggunaan dan penerimaan tandatangan elektronik telah diperkenalkan dalam MSA untuk menyesuaikan dengan amalan pasaran semasa.
- Sekiranya berlaku Peristiwa Force Majeure (sila rujuk kepada MSA terkini untuk definisi penuh), anda kini boleh menggantung pelaksanaan obligasi yang berkaitan sebagai pelanggan di bawah Klausa 10.5 MSA terkini.
- Bagi menunjukkan komitmen kami terhadap keadilan dengan lebih jelas, pampasan oleh pelanggan di bawah Klausa 10.7 MSA terkini adalah terhad kepada kerugian langsung, dan tidak akan terpakai jika kerugian langsung tersebut disebabkan oleh kecuaian atau salah laku disengajakan oleh bank.
Sila baca Terma Baru ini untuk pemahaman yang lebih baik mengenai perkara-perkara penting di atas. Terma dan Syarat Am sebelum ini (“Terma GTC Sedia Ada”) masih akan tersedia di laman web kami https://www.business.hsbc.com.my/en-gb/regulations/banking-terms-and-conditions untuk rujukan anda sehingga 31 Desember 2025.
Terma Baru ini akan mula berkuat kuasa:
- Untuk pelanggan baru HSBC/HSBC Amanah – 15 November 2025
- Untuk pelanggan sedia ada HSBC/HSBC Amanah (setakat 15 November 2025) – 1 Januari 2026. (Penggunaan akaun dan/atau perkhidmatan anda yang berterusan dengan HSBC/HSBC Amanah selepas tarikh kuat kuasa yang dinyatakan di atas akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap Terma Baru.)
Apa lagi yang perlu anda ketahui?
- Anda dinasihatkan untuk membaca kandungan Terma Baru ini untuk memahami sepenuhnya kesan terma yang telah disemak semula dan mendapatkan nasihat undang-undang bebas yang sesuai.
- Jika anda memerlukan maklumat lanjut tentang terma yang telah disemak semula, sila hubungi Pengurus Perhubungan (Relationship Manager) anda.